~ segala puji bagi Allah..Tuhan pemilik semua makhluk..
bingkisan ini merupakan bingkisan seorang blogger baru..
insyaAllah akan memanfaatkan segala yg positif dlm menjalani
sebuah kehidupan..segala kekurangan harap dimaafi..
jom sama-sama audit diri.
kisah dibawah tidak pernah dinukilkan di mana2 ruangan..
sengaja memulakan contengan dengan cerita kematian..
dengan harapan "kematian" sentiasa berada dlm benak fikiran..
buat teladan dlm kehidupan..
Al-fatihah buat mak Puan Fauziah Omar.walaupun aku masih tidak mengerti saat kau pergi
menghadap ilahi seseungguhnya kami anak-anak mak tidak pernah lupa jasa mak
yang bertarung nyawa saat melahirkan kami bertiga. hasil dari cerita-cerita orang sekeliling mak meninggalkan kami semasa usiaku 1tahun 2 bulan, ada yg cakap masa aku umur aku 1 tahun 6 bulan
.tapi tak melebihi umur 2tahun la. sehinggalah satu hari aku terjumpa sijil kematian mak dalam simpanan fail ayah . dari situ baru aku tahu tarikh sebenar kematian mak iaitu pada bulan OGOS 1991.
ketika tu umur mak masih muda, baru 32 tahun.terlalu muda. disebabkan aku masih kecil dan perlukan seorang ibu, ayah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.
Ayah pernah cerita sebelum buat keputusan untuk kahwin kali kedua ayah buat istikharah memohon doa supaya jodoh ayah yang kali kedua ini adalah yang terbaik. ternyata hasil daripada solat istikharah ayah mendapat petunjuk supaya berkahwin. ternyata jodoh ayah buat kali kedua ini adalah insan yang terbaik untuk kami adik beradik.
![]() |
Mak & Ayah Ayah..sesungguhnya pilihanmu adalah yang terbaik. |
sejak itu, mak lah yang menguruskan kehidupanku, terima kasih MAK. sesungguhnya kedatanganmu ke dalam keluarga kami mendatangkan sejuta rahmat. Walaupun, masih ada lagi mentaliti masyarakat sekarang yang beranggapan ibu tiri selalunya akan mendera anak tiri.Alhamdulillah ..perkara itu tidak terjadi pada kami..untuk mak yang berada di SANA doaku mengiringimu walaupun anakmu ini tidak sempat bermanja dan merasai kasih sayangmu.
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku,
serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku,
serta berilah rahmat kepada kedua-duanya,
sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.
![]() |
we love you mak |
Daripada Malik bin Zurarah bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Memohon keampunan untuk ibu bapa yang meninggal dunia daripada seorang anak, termasuk perbuatan berbakti." - (Riwayat Ibnu Najar).
https://www.youtube.com/watch?v=MDURgBn0wUk
Allahuakbar..besarnya jasa ibu
https://www.youtube.com/watch?v=MDURgBn0wUk
Allahuakbar..besarnya jasa ibu
Mak..semoga dirimu tenang di SANA.
sayangi ibu anda selagi mereka masih ada.
jangan putuskan doa buat mereka yang telah pergi menemui yg Esa
No comments:
Post a Comment