Saturday, 30 March 2013

melenturi buluh biarlah daripada rebungnya


Assalamualaikum..
salam ukhuwah buat semua..
~entri kali ni dalam mood rindu anak2 saudara..
lantas mendapat idea untuk menukilkan sedikit
pandangan tentang didikan untuk kanak2 yg
tidak berdosa ini..
Rindunya  nak kembali zaman kanak-kanak
bila tengok gambar sepasang adik beradik ni..

anak2 merupakan amanah ibu bapa.
jadi, Islam mentaklifkan tanggungjawab ini
supaya memberi didikan terhadap
insan2 kecil ini.
cucu sulung:

nuriman amani (niece)



~Bagi saya usia kecil inilah ibu bapa perlu mengambil kesempatan dengan mendidik anak-anak mereka supaya kelak akan menjadi anak yang berguna dan taat kepada kedua ibu bapa. Bila lihat pada senario sekarang kebanyakan anak-anak menderhakai kedua orang tuanya.lihat saja pada media massa dan media elektronik  yang ada, pelbagai jenis bentuk penderhakaan yang dilakukan anak-anak. ada yang sanggup meninggalkan ibu yang tua ditepi jalan, ada yang meninggalakan ibu yang tua di rumah orang tua dan banyak lagi kes-kes yang berlaku di negara kita. Salah siapa?? ini berkemungkinan kerana sewaktu kecil anak-anak ini terlalu dimanjakan,diikuti segala kemahuan,tidak didedahkan dengan nilai-nilai Islam. Hasilnya, bila meningkat dewasa mereka tidak menghormati kedua ibu bapa mereka, mereka tidak takut dengan larangan Allah, mereka tidak peduli dengan suruhan Rasulullah.

hadif iman( nephew)
Justeru, didiklah anak sebelum mereka meningkat dewasa.
terapkanlah nilai-nilai , adab-adab yang diajarkan Rasulullah
sedarkanlah mereka dengan larangan Allah
sebarkanlah kepada mereka akhlak Rasulullah.
jadilah qudwah(role model) sebagaimana Rasulullah mendidik
putrinya Fatimah.
~ ya Allah jadikan kedua-dua insan ini,insan yang taat akan suruhan Allah,
 jadikan mereka umat yang mengasihi Rasulullah, jadikan mereka anak-anak
 yang taat akan kedua ibu bapa, 
YA ALLAH limpahkanlah rahmat dan kasih sayangmu buat ahli keluargaku ..
 jom klik tip mendidik anak:
https://www.youtube.com/watch?v=a9qC2XSL8JQ

No comments:

Post a Comment