~ saya doakan semoga kita tergolong dalam golongan penjaga masa yang bijak.
disini bukan saya maksudkan penjaga masa untuk sesebuah pertandingan TAPI
penjaga dan pengatur masa yang cemerlang dalam pelayaran hidup.
Islam mewajibkan
umatnya menjaga masa supaya terhindar dari berlaku
pembaziran masa.
Kita lebih
mementingkan pengurusan wang dengan betul, tidak membazir,
berjimat cermat
dalam perbelanjaan. Tetapi, kita sering kali leka dan lalai dari
mengurus masa,
menyusun atur waktu yang kita ada dengan tersusun rapi.
Situasi yang kita mudah
faham begini, sebelum kita pergi ke pasar raya kita akan
merancang perbelanjaan
kita dengan membuat senarai barang-barang yang perlu dibeli.
Dengan harapan
cara itu dapat mengelakkan kita dari berbelanja secara berlebihan.
walhal, dari segi penjagaan masa kita kecundang,
bankrap dan gagal untuk
merancang..membiarkan masa berlalu..
menghabiskan masa..
tidak membuat jadual waktu.
.itu satu kerugian, pembaziran..
Islam juga
mengajar kita supaya mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Firman Allah SWT dalam surah al-asr yang bermaksud demi masa, sesungguhnya
manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan
amal soleh.
ini jelas membuktikan bahawa pengurusan masa bukan lah sesuatu perkara
yang mudah dan boleh dipandang enteng.
Hargailah
masa yang kita ada dengan perkara yang bermanfaat kerana masa tidak boleh
berpatah balik. Masa juga tidak menunggu kita sebaliknya kita yang patut
mengejar masa.
masa yang berkualiti adalah masa yang disusun dan diisi dengan
perkara positif...
![]() |
salah satu cara isi mengisi masa dgn betul |
No comments:
Post a Comment