Sunday, 26 May 2013

~ hikmah dalam berfikir~

salam ceria d hujung minggu

 alkisah bulan april lalu
~ saya ingin berkongsi satu cerita tentang " think positive"..mungkin kisah macm ni pernah terjadi dlm kehidupan kita sebagai manusia ni bukan??
satu petang, tarikh dah xingat..tp masa dlm lingkungan pukul 3ptg..perut berkeroncong minta diisi..dah memang xmkn tengah hari lagi memang la lapar..saya dan 3 orang kwn pergi ke kedai makan..tinjau2 kalau lauk masih ada..(kalau ada rezki ada la) ..waktu tu saya bwa duit rm 50..time tu dlm purse ada rm55..sengaja xbawa purse sebb kedai dekat..duit 50 tu letak dlm beg handset je..beg tu plk letak dlm raga motor..

balik kepada cerita tadi..lps tinjau satu kedai lauk mmg hbis..kmi pergi ke kedai sebelhnya pulk..mmg xdak rezki untuk kmi berempat waktu tu..terus kami blik ke rumah nak ambil helmet..nak pergi kedai jauh sikit kan..kena la pakai helmet..

sampai di rumah
waktu masuk ambil helmet..sempat lagi buka peti ais minum air..waktu tu kunci motor pon xcabut,,sebb nak cepat,,nak pergi cari kedai makn.. waktu keluar tu,terkejut tengok dlm raga motor hanya ada handset..(dlm fikiran tercari2 beg handset) cari pnya cari memang xdak..dalm rumah, kedai makan yg pergi tadi, siap tnya tuan kedai memang xjumpa(dalam hati sedih sangat) sebab bru nk pecahkan duit Rm50 tu..
                     

keputusan berubah

saya dan kawan2 ubah plan, x jadi pergi kedai makan..sebab duit hilang..mood pon terbang..
                 
           

fikir positif

sambil menangis..ya Allah memang rezki xmemihak padaku hari ni..ya Allah gantikan sesuatu yg menggembirakan aku..(sambil fikir..hikmah apa yg Allah nak bg kt hambanya ni)
                      
                          

beberapa hari lepas kejadian

artikel yg diemail ke Berita Harian di publish..waktu tu saya sendiri yg secara xsengaja belek paper kt kedai..selak terus ke bahagian agama terpampang namaku..Allah gembiranya..tak sangka sebab baru 2 hari hantar..syukur sangat hari tu..Assgnment yg bermarkah 50 dah selesai..sebab 2 artikel dah "dipublish" di berita harian..
mungkin duit RM50 yg tercicir Allah bals dengan artikel "dipublish".

artikel kedua

artikel kedua

sambungan artikel kedua

  moral of the story
~ setiap yg berlaku psti ada hikmah di sebaliknya.

~ jangan cepat melatah.

~ sentiasa berdoa semoga apa yg terjadi Allah gantikan dengan yg lebih baik.

thank you Allah..syukur Alhamdulillah..


Saturday, 25 May 2013

bas..tunggu saya..



~ kejar semangat kamu seolah-olah ia adalah bas yg terakhir pada waktu malam~( Terri Guilmets)

hidup ini menuntut kita supaya bersemangat..
semangat ketika ulangkaji..
semangat menjawab peperiksaan..
semangat dalam beribadah..
semangat dalam menyiapkan assignment..
itulah sebahagian daripada rutin dan kewajipan dlm kehidupan
yg memerlukan semangat..



kadangkala
 semangat harus dicari..
terkadang kita mendapat semangat dari rakan
dari mak ayah, dari pembacaan kisah2 
dari peristiwa yg berlaku
dan banyak lagi sumber yg kita dapat memperolehi
satu kalimah ni..

semangatlah mcm semut ni
semangat ibarat panadol..
yg apabila kita telan, sedikit sebanyak akan memberi kelegaan,
keselesaan..


saya akhiri entri kali ni dengan kisah yg pasti
membangkitkan semangat..
moga beroleh semangat..




Friday, 24 May 2013

# jom kawal emosi #

Alhamdulillah..ucapan yg selayaknya untukMU..
berkesempatan membelek2 buku tip-tip cemerlang daripada Quran tulisan Dr Danial Zainal Abidin
lepas satu muka surat ke satu muka surat seterusnya..semua tajuk menarik..gabungan cerita moden dan sejarah para Nabi..banyak teguran dan nasihat yg dimuatkan dlm buku ni..saya sendiri rasa tertarik..terpegun, rasa kagum dengan cara penulis menukilkan penulisannya.. insya Allah..terlintas jugak di benak fikiran nak jadi penulis buku motivasi satu hari nanti..amin..

inilah bukunya..
~ terbaca sepotong kata2 dalm buku ni..insya Allah..hanya dengan sepotong kata2 sedikit sebanyak
memberi  teguran dan peringatan buat diriku yg seringkali terbabs( suka marah)

 "emosi diberikan Allah bukan untuk diletupkan tetapi untuk dikawal dan disalurkan pada jalan yg betul"

~ kadang-kadang kita seringkali merasakan tindakan kita saja yg betul.. apa yg orang lain buat semua salah..

~ kadang-kadang kita selalu rasa yg buah fikiran kita saja yg terbaik..pendapat orang lain salah..
apa saja situasi kemarahan yg kita lalui..marah bukanlah jalan penyelesaian..sebaliknya marah boleh mendatangkan pelbagai impak negatif dalam kehidupan..
sebagai contoh: marah boleh menyebabkan berlaku penceraian antara suami isteri.
                        marah boleh memutuskan hubungan sesama manusia..
                        marah penyebab perpecahan..
               

moral value:
sematkan dalam diri..jangan cpat marah
sentiasa memastikan minda berada dalam keadaan waras..
marah bukan penyudah..malh menggandakan masalah..
marah ibarat sebuah kenderaan..apabila pemandu tersebut memndu dgn cermat dan berhemah berkemungkinan pemndu dan menumpang lain akan smpai ke destinasi dalam keadaan selamat..

          sy akhiri entri kali ni dengan tips mengawal marah..jom..

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3992-tips-mengawal-marah.html

Sunday, 19 May 2013

life is not EASY

Alhamdulillah..ucapan ini hanya layak untukMu..
hidup ini tidak semudah "tekan button mesin ATM" berapa banyak
jumlah yg kita masukkan sebanyk itulah jumlah yg akn keluar..

mesin ATM

tapi..hidup ini menuntut kepada kesusahan,
kepyahan DAN kesungguhan.ini semata2
untuk memastikan kelangsungan hidup,
tenang..mudah..dan yg pling penting "menjadi".

dalam hidup ini terlalu banyak impian dan harapan yg kita
inginkan..tetapi..usaha untuk merealisasikan cita2 yg diimpikan itu
tidak dijalankan..sebaliknya hanya menanti ibarat kucing tumbuh tanduk

kucing bertanduk




teringat perbualan telefon dengan ayah
aku: ayah letih la..banyak keja nk kna buat
ayah: nak naik tangga tinggi mmang kna letih sikit..
agaknya mcm ni lah gayanya..
fitrah manusia..mengeluh dulu sebelum
bertindak..

aku boleh!!


ayah adalah salah seorang pembangkit semangat aku..leps hbis degree ayah suruh sambung master
then phd..sungguh tinggi harapan ayh untuk putri bongsunya ni..mampukah??
dalam hti..insya Allah ayah..tiada hadiah yg mmpu
ku berikan melainkan sebuah kejayaan..
ayah begitu bersemangat kalu sembg bab belajar..
ayh sangat cakna dengan isu pengajian ni..
contohnya: ayah selalu buka cerita pasal ank2 kwnnya yg smbung master, sambung phd,
di situ boleh nampk betapa berminatnya ayah untk
jadikan ank2 dia macam tu..
kadang2 crita tu sudah berkali2 diulang..nampak semangat belajar ayah..
ayah pernah cerita ada orang cakap ayah ni
"cikgu pencen" mungkin nampk gya sembag,n            
nampk berpengalamn..
aku: kalau ayh msuk "u" msti ayh dh hebat skrg
ayh: ayah syukur dengan apa yg Allah bg skrg.
aku: tingginya rsa syukur ayah..(dlm hti)
ayah: zamn dulu tok wan(atuk) tak meransang
anak2 dia supaya belajar tinggi..
aku: org dulu2..
~ ayah suka iklan ni..satu2nya ikln raya tentg
ayh yg menyentuh hati..
https://www.youtube.com/watch?v=TgPTGA_smHc
 mungkin jauh di sudut hati ayah tidak mahu ank2nya
buat begitu padanya..jangan pernah rasa jemu dengan ayah..sebab waktu kecil ayah tidak pernah
rasa jemu dgn stiap prtanyaan ank2..
~ limpahkanlah rahmat dan kasih sygMU pda
ayahku.. sesungguhnya aku amat syg padanya.

~ hidup ini satu perjuangan ~




Saturday, 18 May 2013

negative to positive


salam hijrah
 Alhamdulillah. walau pun.isu artis pakai tudung bukan lagi
satu isu baru..malah
menjadi
trend positive dari hari ke hari.walau apa pun
suruhan wajib ini tidak boleh dipandang enteng, tidak konsisten, 
 dan hanya ikut trend. sebaliknya suruhan syariat ini
hendaklah menjadi inspirasi kepada " si free hair"
di luar sana..supaya mengikuti langkah ini..
saya pernah mendengar ceramah dari UAI yg mengatakan
lebih baik wanita yg memakai "selendang" dari
langsung tidak memakai sebarang tudung..
kalau mals sangat pakai baldi ajelah ustaz kata

pelbagai kisah dan sebab yg menjadi faktor kepada para artis  berhijrah ke arah
melengkapkan syariat Allah ini.. apa saja penyebab kepada perubahan mereka,yg penting "perubahan"
itu yg penting..dari pemerhatian saya, kebanyakan artis yg berubah dgn memakai
tudung ni  kehidupan mereka lebih baik, bahagia, nampak tenang..teratur..
bukan hendak memuji. TAPI realiti.
tahniah buat para penghijrah sekalian..sesungghnya hidayah Allah 
adalah kepada org2 yg DIA kehendaki.
antara wajah2 yg berhijrah:

nurul syuhada nurul ain
(pengacara TV3)
azizah afifin

raja farah


sharifah aleya

shila amzah
jum klik!!
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Syukurlihatrakanartispakaitudung/Article/index_html

 

Friday, 17 May 2013

let's to be "coconut"

 Assalamualaikum..

~ pasti ada yg tertanya2 kenapa saya letak gambar"buah nyioq"
(buah kelapa) ni..
 bak kata org kedah..=)
saya suka mengumpamakan sesuatu dengan sebuah kehidupan.
buah kelapa ni boleh diumpamakan dengan seorang manusia..
seperti yang diketahui, buah kelapa mempunyai banyak manfaat dan
ia amat berguna pada manusia.
Jadi, kita juga mestilah jadi"buah kelapa"

cuba kita lihat sabut kelapa boleh digunakan untuk
buat banyak benda antaranya:

bakul yg diperbuat dari sabut


tali sabut
sabut kelapa boleh suburkan tanaman


~ jadilah manusia yg fleksibal
boleh memberi pelbagai manfaat dan 
kebaikan pada diri sendiri dan juga 
insan lain..
pasti ramai yg memerlukan kita
seperti
buah kelapa.
bermula dari s.rumah
hunggalah
chef terkemuka
di 
hotel2 memerlukan kita.


tempurung kelapa pula berguna
untuk buat beg


beg tempurung




~ lihat kulit dan tempurungnya sudah berguna kepada manusia..sudah tentu isinya
amat berguna.
begitu juga manusia tangan&kakinya

sungguh bermanfaat jika digunakan
 untuk memberi khidmat,
pertolongan pada orang lain.

jum lihat isi kelapa pula.
apa manfaatnya??
nata de coco

isi kelapa ibarat buah fikiran kita
manusia bukan saja boleh menyumbang
dari segi tenaga MALAH,
pandangan &buah fikiran amat berguna
dalam apa jua perkara
termasuklah
dalam pembangunan modal insan.
  
air kelapa pula boleh diminum..


~ air kelapa diibaratkan sebagai
ilmu&penngetahuan kita.
ilmu dan pengetahuan dapat
dicurahkan, dikongsi, serta disebarkan
pada insan2 lain.

lihat betapa bergunanya 
keseluruhan
buah kelapa dalam kehidupan
manusia!
# jum mempergunakan fizikal, mental
dan
buah fikiran kepada
seluruh umat manusia..

jom jadi seperti buah kelapa!!!
betapa bergunanya kedua-dua makhluk ciptaan Allah ini.






Wednesday, 15 May 2013

~ hurry up!! time is running out

Assalamualaikum..

~ saya doakan semoga kita tergolong dalam golongan penjaga masa yang bijak.
disini bukan saya maksudkan penjaga masa untuk sesebuah pertandingan TAPI
penjaga dan pengatur masa yang cemerlang dalam pelayaran hidup.


Islam mewajibkan umatnya menjaga masa supaya terhindar dari berlaku
 pembaziran masa.
 Kita lebih mementingkan pengurusan wang dengan betul, tidak membazir,
 berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tetapi, kita sering kali leka dan lalai dari
 mengurus masa, menyusun atur waktu yang kita ada dengan tersusun rapi.
 Situasi yang kita mudah faham begini, sebelum kita pergi ke pasar raya kita akan
 merancang perbelanjaan kita dengan membuat senarai barang-barang yang perlu dibeli. 
Dengan harapan cara itu dapat mengelakkan kita dari berbelanja secara berlebihan.



walhal, dari segi penjagaan masa kita kecundang,
 bankrap dan gagal untuk
merancang..membiarkan masa berlalu..
menghabiskan masa..
tidak membuat jadual waktu.
.itu satu kerugian, pembaziran..

Islam juga mengajar kita supaya mengisi masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. Firman Allah SWT dalam surah al-asr yang bermaksud demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal soleh.
ini jelas membuktikan bahawa pengurusan masa bukan lah sesuatu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng.

Hargailah masa yang kita ada dengan perkara yang bermanfaat kerana masa tidak boleh berpatah balik. Masa juga tidak menunggu kita sebaliknya kita yang patut mengejar masa.
masa yang berkualiti adalah masa yang disusun dan diisi dengan perkara positif...

salah satu cara isi mengisi masa dgn betul




Friday, 10 May 2013

sabar itu indah






ASSALAMUALIKUM


~masih dalam mood PRU..demam PRU masih belum betul-betul pulih.
lupakan seketika isu politik yang tidak pernah berpenghujung..


demam PRU

 sebenarnya bukan nak berbincang tentang isu pilihan raya
bagi rakyat negeri jelapang padii pasti kenal dengan wajah insan hebat ini bukan?

mantan MB kedah

2 hari lepas menerima mesej dari seorang sahabt yang mengatakan
 U.Azizan kembali ke rahmatullah..
mesej kedua mengatakan berita tentang kematian tak sahih( x betul)
 Alhamdulillah hati rasa lega.
bila buka facebook semalam terbaca pula tentang keadaan
   mantan MB akan dipotong kedua2 kaki. 
dalam hati mengharapkan berita tentang pembedahan kaki
 juga adalah tidak benar
.cuma untuk menyedapkan hati..


~ terbaca status seorang sahabat yang meminta doakan

 moga pembedahan yang dijalankan keatas Ust berjalan lancar..
 Allah..
rupa-rupanya berita tadi betul-betul berlaku..seakan tidak percaya
teringat kali terakhir mendengar ucapan Ust dalam konvokesyen perasmian
kampus induk kuin pada awal akhir Januari lalu.
 semua tetamu yg hadir terpukau bila Ust memberi
ucapan dalam 2 bahasa:
bahasa arab & english..sungguh hebat ustaz.



~ mengikut sumber berita kedua-dua kakinya dipotong kerana khuatir kuman akan merebak
 hingga ke otak.
walau apa pun..sebagai rakyat yang pernah dipimpin Ust  ucapan terima kasih dan tahniah ats:
  amanah dan tanggungjawab yg dijalankan, ats pembaharuan yang diwujudkan,
 ats bantuan yg disalurkan,



tunaikan amanah sebagai pemimpin


KUIN induk.

moga Allah dapat membalas segala amal yg dilakukan.
.moga ustaz bersabar dalam menempuhi ujian berat ini amin..
sebelum mengakhiri contengan..saya ingin berkongsi
sedikit pesanan yg sy ingt setelh begitu banyak kali dengar
"talk" dari Ustaz: manusia kan sangt sinonim dengan lupa..hehe

~ amalkan solat sunat dhuha..sebagai pembuka rezeki kita.
(ketika menghadiri hari anugrah kecemerlangan SMAYK 2010)

~bagi pelajar yg berada di MESIR, kalau dok sana pon berkawan dengan
org malaysia sampai bila pon xboleh cakap arab..harap
dok mesir bertahun2..
(ketika menghadiri sambutan hari guru peringkt negeri p
pada tahun 2010)

jom klik sambil berfikir hikmah atas ujian yang diturunkan Allah.
https://www.youtube.com/watch?v=V9m5XPLZVBE


 jom positifkan pemikiran!!!